Diri aku yang DULU , Bukan yang SEKARANG .

Eh , labuhnya tudung dia ni ?
Apa benda yang dia tutup kat muka tu ?
Kenapa pakai stokin ? Macam org baru lepas bersalin jee.
Why she wear sarung tangan ? kan lengan baju tu dah panjang?
Kenapa kau gelak tutup mulut ?
Kenapa baju labuh sampai sapu lantai ?
Kenapa ituu?
Kenapa inii ?


Pernah tanya orang-orang berpakaian begini sebab apa?
sebab apa mereka memakai begitu ? Kenapa mereka tak up to date dengan fesyen sekarang ? "Eishh , macam khemah bergerak je "
"wei , pinjam tudung nak buat payung , Hujan laa "


*Pernah terfikir perasaan mereka apabila diperlaku begitu ?
Mereka tak menangis , malahan mereka senyum :) . Mungkin yang lain masih tak mengerti mengapa mereka begini . Apa yang mereka dapat bila pakai macam ni ? Apa yang mereka cari . Macam mana lelaki nak tackle mereka ? Lelaki pun takut nak dekat dengan spesis macam ni . Nak tahu jawapan mereka ?

** Kami tak perlu menayangkan susuk tubuh kami untuk tatapan umum , kami selesa berlindung di sebalik baju besar, tudung yg labuh , kaki dan tangan ditutup . Apa yang kami cari dengan berpakaian begini ? Kami mencari redha Allah ! Kami mahu menutup segala fitnah yang ada pada kami . Kenapa kami tutup aurat ? sebab Allah suruh . Kami mahu berlindung dari pandangan lelaki 

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)


**Dulu diriku berasa bila aku sudah mengenakan tudung dikepala , aku sudah berjaya menutup aurat . Allah ! sebenarnya aku salah . aku kalah dalam hal menutup aurat dulu . Bila diingat kembali . Sungguh aku sedih . Aurah wanita hanya muka tangan sahaja . Aku tersedar . Sejak bila aku tersedar ? sejak aku berkenalan dengan seseorang . Dengan siapa ? Seorang hamba Allah yang aku kagumi . Kenapa aku kagum ? Dengan usia yang muda , fikiran dia sangat matang , dari segi pakaian dia yang dia titik beratkan .Dengan cara dia menegur ,bukan melalui mulut tapi melalui hatinya , melalui tulisan tangan dia . Allah , aku rasa nak menangis :'(
Aku berasa sangat beruntung sebab dapat berkenalan dengan dia , ibarat Allah telah memberi aku nafas yang baru . Aku melihat pakaian aku . Allah :'( , Diriku hanya akan menjadi pandangan lelaki  bermata nafsu .Diriku hanya akan menimbul fitnah . Sejak itu aku berubah , niatku kerana Allah , kerana tidak mahu Ayah aku berdosa kerana diri aku , selangkah anak perempuan keluar dengan berpakaian tidak menutup aurat , selangkah itu juga dia membantu ayahnya ke neraka . Allah :'( . Aku sayangkan ayah aku . 

Biar apa orang kata dengan diri , Aku cuba bertahan . Aku cuba mencari kembali pemilik hatiku . Sesungguhnya DIA pemilik hatiku , Aku cuba berjalan dengan penuh kekuatan didalam dunia penghijrahan . Aku cuba tidak menangis . Kerana aku tahu . Allah bersama dengan aku disetiap perjalanan aku . Apa yang aku cari cuma redha ilahi . Apa yang aku cari cuma ketenangan buat diri ini .

Sungguh mereka pelik dengan cara aku berpakaian , sungguh mereka menghina cara aku berfesyen , Tapi tak mengapa , bukan pandangan mereka yang aku cari . Pandangan Ilahi yang aku nanti .Sesunnguhnya diriku tenang dengan cara begini .Pedulikan kata mereka . Mungkin mereka masih belum ketahui . Moga Allah buka hati mereka untuk terima segala penghijrahan ini .

Kenapa aku menutup aurat ?
Kerana diri aku mahal .
Mahal untuk siapa yang kau dambakan ?
Untuk yang halal bagiku .
Dengan cara yang bagaimana?
cara yang sah mengikut hukum syarak .

"Eh,ada ke lelaki nak kau kalau kau berpakaian tutup sana sini ?"
*Aku percaya jodoh , ajal aku semua ditangan Allah , semua manusia Allah dah tetapkan jodoh masing-masing .Tak didunia ,mungkin diakhirat kelak .Melalui ini aku dapat tahu pasangan aku memilih aku bukan kerana paras ,tetapi kerana hati .Ya, aku percaya ini .


"Eh , kolotnya pemikiran kau ? adakah keh lelaki begini kat dunia lagi ?"
*In shaa Allah , dengan izin Allah , semua perkara tidak akan jadi mustahil :).

Kini hati aku tenang selama aku begini , walau dihimpit masalah , Allah datangkan orang-orang sekeliling yang baik untuk menbantu aku . Apabila kesedihan ,ditempat-Nya aku mengadu dan memberikan aku sedikit kekuatan meghadapi dunia . Ada juga orang yang mempertikaikan kenapa aku begini , sehingga ada yang sanggup menjauhkan diri . Tak mengapa :') . biarkan mereka pergi . aku bukan siapa untuk pegang hati mereka . Aku percaya ,Allah akan hadirkan orang-orang yang baik untuk membantu dan bersama aku . Ya , aku percaya itu .

"Kau masih muda wei untuk berubah , sia-sia kau tak hargai zaman muda kau "
*Tak mengapa :) aku tak kisah , aku takut kalau aku buat satu perkara yang Allah tak suka . Dengan izin Allah , saat itu juga Allah mengambil nyawa aku . Aku takut kalau aku tak sempat bertaubat , aku takut kalau tak sempat memohon keampunan . Aku takut aku mati dalam keadaan yang tidak diredhai Allah .Aku takut segalanya !

Melalui cara hamba Allah tadi , aku kembali mengenali agama . aku kembali mencari diri aku yang hilang . Alhamdulillah , hatiku semakin tenang . aku cuba tidak terlalu malantangkan diri apabila ditimpa masalah . Segalanya aku cuba lalui dengan ketenangan . Aku percaya , apabila Allah datang kan ujian padaku adalah untuk menguji keimanan aku padaNya , dan aku percaya aku insan terplih didalam berjuta lautan manusia .Moga Allah sentiasa pegang hati aku . Dan terima kasih kepada capital *SNAA , dengan cara kamu telah banyak mengubah akak , walaupun bukan secara direct . Akak bersyukur dapat berkenalan dengan kamu .Dan juga kepada setiap hamba Allah yang membantu aku dalam penghijrahan ini .Semoga kalian sentiasa dilindungiNya . Allahuma aamiin . :')
Kerana aku yang dulu , bukan aku yang sekarang . 





Temuduga UITM .


Assalamualaikum , hi readers ! today ain nak cerita pasal pengalaman ain kene temuduga uitm :) 


nampak ?hihi . masa tengok je ni . berderau rasa . First time kene interview kot . mesti macam-macam kau orang terfikirkan ?act , temuduga ni berlangsung selama 3 jam lebih jeee . Nasib intake kali ni tak ramai . kalau tak jenuh maw tunggu yaw ! 
sampai je ain kat uitm tu boleh pulak tersalah pi fakulti . haha .Pi dekat fakulti seni bina . Mamang tak jumpa la jawapan nya , haha . Sampai jeh kat fakulti seni lukis dan reka (FSSR) terus tarik nafas lega , ain terus pi check nama ain untuk panel ke berapa and terus tanda tangan . Punya seram sejuk nak dengar taklimat but hati maw rilex . haha . 

Lepas habis dengar taklimat , dia suroh kami semua masuk satu bilik ni . Ain main ikut jeh budak-budak yang lain , sebab tak dapat dengar apa yang dia cakap . mueheheh :3
Then , ain main duduk mana-mana tempat yang kosong . huhu . Ain sempat bekenalan dengan membe sebelah ain ni . Nama dia syafiqah dari ulu kinta . memang sepanjang sesi tu . sembang ngn dia jee . hihi . Lepas tu masuk sorang lect ni , tengah dok susun objek kat depan ain . dorang letak kerusi pastu letak kain apa ntah kat atas kerusi itu . Tugasan yang pertama adalah melukis dari sisi yang kita nampak . Memang berhadapan ain dengan objek tu . huhu
masa diberi selama sejam . Mula-mula memang pening nak lukis macam mana , then ain main lukis apa yang nampak .

Selesai sesi itu , diteruskan sesi yang lain.Namanya ujian kreatif . Dia ada bagi satu kertas tu . Kat kertas tu ada garisan apa ntah .Dari situ kite kena reka and kreatif kan tangan . Ain dah serabut dah . Haha . tengok sebelah punya belah jiran tu . Gila pandai la dia reka garisan tu . Tengok kertas ain . tahpape je ain buat :D masa diberi tak banyak so pandai-pandai kita nak bajetkan masa .

Lepas habis sesi ni pula. Tinggal la yang terakhir . ya itu sesi temuduga . Kat sini dorang akan uji warna dekat kite and soal kita .Sampai je nama dipanggil terus ain masuk and bagi salam . Lect yang ain dapat dua-dua lelaki . Yang sorang soal ain , yang sorang lagi belek ain punya dokumen . Memang kaku lah time tu . dengan mata bengkak sebelahnya lagi . Tapi alhamdulillah ain dapat jawab soalan dorang . okay , antara soalan dorang

"Ceritakan detail pada saya mengenai diri awak"
"why you choose photogrphy ?"
"Apa yang anda tahu pasal photography"
"Siapa photographer terkenal di Malaysia ?"

ini antara soalan yang dia tanya ain . hope dapat membantu korang yang akan ditemuduga pada tahun akan datang . yang penting . jangan tinggal segala dokumen yang penting taw . nanti susah korang nanti . Okay . itu jee . Byeee :)