Bermula kehidupan kuuuuuuuuu

Assalamualaikum dah hi ! *lambai tangan , 
sorry baru sekarang nak update entry baru , before ni busy sikit bila dah masuk tempat belajar baru , suasana baru , kawan baru , bilik baru , katil baru ? yekee ? Haha .
Sebelum ni asyik busy dengan minggu MHS , Dulu kalau dengar kawan-kawan sebut macam best je hadapi minggu ni . Even dorang kata penat , kite pula yang excited nak rasa , konon jiwa kental la konon . Sekali nah ! Tepuk dahi tanya penat ! Haha .
Gila mau meraung ahhh ! rasa nak jerit dari tingkat atas ni !
Tak cukup tidur , tak cukup rehat , tidur dua jam sehari kot selama minggu tuuuuuu .
Memang kalau kat PI kerja qada' tidur la jawabnyaa . Haha . Pukul 4 pagi confirm akan dengar bunyi siren dari bawah .Nak or tak, bangun la juga T_T . Ni kira first time ain duduk asrama , sebelum ni mana pernah berjauhan , kalau jalan pun area rumah jee , nak jalan jauh ? dengan family mehh . haha . Abah ain kata 

"Pi jee la belajar jauh-jauh , belajar berdikari sikit"
Ain dapat Upsi and Uitm , tapi abah ain tak bagi , sebab dekat sangat .Suruh jauh-jauh T_T. Neehiiii~

So sekarang kena belajar bawa diri kat tempat orang , ni kira first time Ain datang Melaka . So berbalik kepada cerita tadi .
Minggu MHS sebenarnya best, tapi bila dah penat , confirm la pakat semua tak de mood kan ? Betulkan ? Haha . Berapa kali dah Ain nak tertidur dalam dewan . Tahan jee mata . Dah berbeg berguni eyebag dah , Haha , Nasib la kat sini ada kawan satu kampung teman Ain kat sini , so nak balik kampung tak risau sangat , boleh balik dengan dia , Kalau sorang-sorang , maw terkial-kial ain kat sini . Haha . Dah habis minggu MHS baru la ain masuk kelas , tapi asyik cancel jee . Heaven gilaaa rasaaa , Haha . Masa kali pertama melangkah masuk , ain just kenal 4 orang kawan ain jee , Mad, syida, etika and syera . so takde la rasa ganjil sangat kan ? Haha .

Bila dah nak dekat sebulan kat sini , rasa happy gilaa buat sementara waktu ni . Sampai sekarang , ain tak boleh hafal nama budak lelaki kelas ain walaupun ada 7 orang je ! HAHA . Tapi perangai dorang semua serius kelakar , haha tahpape perangai dibawanyaaa . Haha . Lagi satu ! Uyah ! Haha , kawan ain yang paling sporting gilee buat sementara ni ! ikut dan dia jeee , kalau duduk sebelah dia , tak sah kalau tak ketawa , walaupun benda tu tak lawak pun sebenarnya. Heppishhhhh gila laaa . seronok ada kawan yang masuk air ni  Hihi .

Dan esokkkkk ain balik ! HAHA , sebenarnya takde motif nak story pun . hanya boring semata-mata , mwehehe .


Seeeee ? disini la ain akan habiskan masa selama 3 tahun kat sini . InshaaAllah :)


Kawan sayaaaaaa ! nak sebut nama diorang ? masih ramai tak kenal lagi , masih tak kenal hati budi lagi . HAHA 
Nampak ain ? confirm tak . HAHA

THE END...........


Lots Of Love : Nurain Shahira Sukiri.





Allah :')

Tengah dok sesaja usha-usha status orang di facebook. Tetibe
*bip-bip* , menandakan ada orang hantar inbox kat ain . Ain dengan pantas pun membuka . chatting itu itu dimulakan dengan 

"assalamualaikum akak , saya tak pasti akak kenal saya atau tidak ? Tujuan saya sebenarnya nak tanya something kat akak. Hope, akak dapat jawab dengan hati terbuka. Takde apa-apa pun sebenarnya. Boleh tak kak Ain ?

Ain terfikir juga kat mana pernah terserempak dengan dia ? apa yang berlaku ? kenapa soalan dia agak serius , pelbagai soalan bermain kat minda ni .Tapi aku cuba menghadapi dengan tenang apa yang bakal ditanya dia .

"Akak , saya masih belajar menutup aurat , tapi tidak sempurna lagi , tangan dan kaki saya masih tidak ditutup sepenuhnya, tapi alhamdulillah selepas saya balik dari program anjuran sekolah .Disitu saya kenal seorang pelajar perempuan . Perwatakan bertudung labuh , sopan , bila bercakap lemah lembut je .Lepas balik dari program tu , saya terdetik untuk berubah , untuk lebih menutup aurat dengan sempurna

Aku terkesima , dalam hati aku . syukur ke hadrat ilahi , ada orang ingin kembali ke jalanMu dengan cara begini:). Sesungguhnya Allah datangkan hidayah dalam pelbagai cara . :) . Aku cuba terus mendengar apa yang cuba untuk disampaikan oleh gadis ini .

"Saya jumpa facebook akak , saya tertarik dengan cara pemakaian akak. Saya rasa sejuk je mata bila melihat orang perempuan menutup aurat dengan sempurna tak kira dimana sahaja .Saya hanya nak tahu cara akak berpakaian apabila keluar rumah . Adakah akak memakai stokin apabila keluar rumah ? "


Ya Allah , sayu rasa hati aku mendengar rintihan gadis ni . Dalam usia yang remaja , dia sudah mempunyai keinginan untuk berhijrah . Alhamdulillah sayang , Anda orang yang dipilih oleh Allah . aku cuba membalas pertanyaan itu dengan tenang , rasa sejuk hati aku , ada insan yang terbuka hati ingin berkongsi masalah dengan aku .Ada insan yang ada kemushkilan dalam kembali kepada fitrah dengan berani cuba berkongsi ceritanya . Akak bangga dengan mu sayang :)

Start dari perbincangan aku dengan si gadis ini ,aku mulai sedar . ramai yang tahu bab menutup aurat tapi tidak ramai yang mengamalkan , sama juga dengan agama kita . Ramai yang mengaku islam , tapi tidak ramai yang melakukan perintah-NYA. 
Allahu Allah :') Aku berharap semoga Allah kurnia kan hidayah kepada muslimin dan muslimat diluar sana untuk kembali pada-Nya . Moga Allah pegang hati-hati mereka yang ingin raih keredhaanNYA . Ya Allah , terimalah segala penghijrahan kami ini . Moga Allah redha . Allahuma aamiin :'(



Cerita ini terpaksa diubah sedikit dari yang asal,demi menjaga keperibadian masing-masing.Keep istiqomah sayang . Moga Allah pegang hati kita :)

Diri aku yang DULU , Bukan yang SEKARANG .

Eh , labuhnya tudung dia ni ?
Apa benda yang dia tutup kat muka tu ?
Kenapa pakai stokin ? Macam org baru lepas bersalin jee.
Why she wear sarung tangan ? kan lengan baju tu dah panjang?
Kenapa kau gelak tutup mulut ?
Kenapa baju labuh sampai sapu lantai ?
Kenapa ituu?
Kenapa inii ?


Pernah tanya orang-orang berpakaian begini sebab apa?
sebab apa mereka memakai begitu ? Kenapa mereka tak up to date dengan fesyen sekarang ? "Eishh , macam khemah bergerak je "
"wei , pinjam tudung nak buat payung , Hujan laa "


*Pernah terfikir perasaan mereka apabila diperlaku begitu ?
Mereka tak menangis , malahan mereka senyum :) . Mungkin yang lain masih tak mengerti mengapa mereka begini . Apa yang mereka dapat bila pakai macam ni ? Apa yang mereka cari . Macam mana lelaki nak tackle mereka ? Lelaki pun takut nak dekat dengan spesis macam ni . Nak tahu jawapan mereka ?

** Kami tak perlu menayangkan susuk tubuh kami untuk tatapan umum , kami selesa berlindung di sebalik baju besar, tudung yg labuh , kaki dan tangan ditutup . Apa yang kami cari dengan berpakaian begini ? Kami mencari redha Allah ! Kami mahu menutup segala fitnah yang ada pada kami . Kenapa kami tutup aurat ? sebab Allah suruh . Kami mahu berlindung dari pandangan lelaki 

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)


**Dulu diriku berasa bila aku sudah mengenakan tudung dikepala , aku sudah berjaya menutup aurat . Allah ! sebenarnya aku salah . aku kalah dalam hal menutup aurat dulu . Bila diingat kembali . Sungguh aku sedih . Aurah wanita hanya muka tangan sahaja . Aku tersedar . Sejak bila aku tersedar ? sejak aku berkenalan dengan seseorang . Dengan siapa ? Seorang hamba Allah yang aku kagumi . Kenapa aku kagum ? Dengan usia yang muda , fikiran dia sangat matang , dari segi pakaian dia yang dia titik beratkan .Dengan cara dia menegur ,bukan melalui mulut tapi melalui hatinya , melalui tulisan tangan dia . Allah , aku rasa nak menangis :'(
Aku berasa sangat beruntung sebab dapat berkenalan dengan dia , ibarat Allah telah memberi aku nafas yang baru . Aku melihat pakaian aku . Allah :'( , Diriku hanya akan menjadi pandangan lelaki  bermata nafsu .Diriku hanya akan menimbul fitnah . Sejak itu aku berubah , niatku kerana Allah , kerana tidak mahu Ayah aku berdosa kerana diri aku , selangkah anak perempuan keluar dengan berpakaian tidak menutup aurat , selangkah itu juga dia membantu ayahnya ke neraka . Allah :'( . Aku sayangkan ayah aku . 

Biar apa orang kata dengan diri , Aku cuba bertahan . Aku cuba mencari kembali pemilik hatiku . Sesungguhnya DIA pemilik hatiku , Aku cuba berjalan dengan penuh kekuatan didalam dunia penghijrahan . Aku cuba tidak menangis . Kerana aku tahu . Allah bersama dengan aku disetiap perjalanan aku . Apa yang aku cari cuma redha ilahi . Apa yang aku cari cuma ketenangan buat diri ini .

Sungguh mereka pelik dengan cara aku berpakaian , sungguh mereka menghina cara aku berfesyen , Tapi tak mengapa , bukan pandangan mereka yang aku cari . Pandangan Ilahi yang aku nanti .Sesunnguhnya diriku tenang dengan cara begini .Pedulikan kata mereka . Mungkin mereka masih belum ketahui . Moga Allah buka hati mereka untuk terima segala penghijrahan ini .

Kenapa aku menutup aurat ?
Kerana diri aku mahal .
Mahal untuk siapa yang kau dambakan ?
Untuk yang halal bagiku .
Dengan cara yang bagaimana?
cara yang sah mengikut hukum syarak .

"Eh,ada ke lelaki nak kau kalau kau berpakaian tutup sana sini ?"
*Aku percaya jodoh , ajal aku semua ditangan Allah , semua manusia Allah dah tetapkan jodoh masing-masing .Tak didunia ,mungkin diakhirat kelak .Melalui ini aku dapat tahu pasangan aku memilih aku bukan kerana paras ,tetapi kerana hati .Ya, aku percaya ini .


"Eh , kolotnya pemikiran kau ? adakah keh lelaki begini kat dunia lagi ?"
*In shaa Allah , dengan izin Allah , semua perkara tidak akan jadi mustahil :).

Kini hati aku tenang selama aku begini , walau dihimpit masalah , Allah datangkan orang-orang sekeliling yang baik untuk menbantu aku . Apabila kesedihan ,ditempat-Nya aku mengadu dan memberikan aku sedikit kekuatan meghadapi dunia . Ada juga orang yang mempertikaikan kenapa aku begini , sehingga ada yang sanggup menjauhkan diri . Tak mengapa :') . biarkan mereka pergi . aku bukan siapa untuk pegang hati mereka . Aku percaya ,Allah akan hadirkan orang-orang yang baik untuk membantu dan bersama aku . Ya , aku percaya itu .

"Kau masih muda wei untuk berubah , sia-sia kau tak hargai zaman muda kau "
*Tak mengapa :) aku tak kisah , aku takut kalau aku buat satu perkara yang Allah tak suka . Dengan izin Allah , saat itu juga Allah mengambil nyawa aku . Aku takut kalau aku tak sempat bertaubat , aku takut kalau tak sempat memohon keampunan . Aku takut aku mati dalam keadaan yang tidak diredhai Allah .Aku takut segalanya !

Melalui cara hamba Allah tadi , aku kembali mengenali agama . aku kembali mencari diri aku yang hilang . Alhamdulillah , hatiku semakin tenang . aku cuba tidak terlalu malantangkan diri apabila ditimpa masalah . Segalanya aku cuba lalui dengan ketenangan . Aku percaya , apabila Allah datang kan ujian padaku adalah untuk menguji keimanan aku padaNya , dan aku percaya aku insan terplih didalam berjuta lautan manusia .Moga Allah sentiasa pegang hati aku . Dan terima kasih kepada capital *SNAA , dengan cara kamu telah banyak mengubah akak , walaupun bukan secara direct . Akak bersyukur dapat berkenalan dengan kamu .Dan juga kepada setiap hamba Allah yang membantu aku dalam penghijrahan ini .Semoga kalian sentiasa dilindungiNya . Allahuma aamiin . :')
Kerana aku yang dulu , bukan aku yang sekarang . 





Temuduga UITM .


Assalamualaikum , hi readers ! today ain nak cerita pasal pengalaman ain kene temuduga uitm :) 


nampak ?hihi . masa tengok je ni . berderau rasa . First time kene interview kot . mesti macam-macam kau orang terfikirkan ?act , temuduga ni berlangsung selama 3 jam lebih jeee . Nasib intake kali ni tak ramai . kalau tak jenuh maw tunggu yaw ! 
sampai je ain kat uitm tu boleh pulak tersalah pi fakulti . haha .Pi dekat fakulti seni bina . Mamang tak jumpa la jawapan nya , haha . Sampai jeh kat fakulti seni lukis dan reka (FSSR) terus tarik nafas lega , ain terus pi check nama ain untuk panel ke berapa and terus tanda tangan . Punya seram sejuk nak dengar taklimat but hati maw rilex . haha . 

Lepas habis dengar taklimat , dia suroh kami semua masuk satu bilik ni . Ain main ikut jeh budak-budak yang lain , sebab tak dapat dengar apa yang dia cakap . mueheheh :3
Then , ain main duduk mana-mana tempat yang kosong . huhu . Ain sempat bekenalan dengan membe sebelah ain ni . Nama dia syafiqah dari ulu kinta . memang sepanjang sesi tu . sembang ngn dia jee . hihi . Lepas tu masuk sorang lect ni , tengah dok susun objek kat depan ain . dorang letak kerusi pastu letak kain apa ntah kat atas kerusi itu . Tugasan yang pertama adalah melukis dari sisi yang kita nampak . Memang berhadapan ain dengan objek tu . huhu
masa diberi selama sejam . Mula-mula memang pening nak lukis macam mana , then ain main lukis apa yang nampak .

Selesai sesi itu , diteruskan sesi yang lain.Namanya ujian kreatif . Dia ada bagi satu kertas tu . Kat kertas tu ada garisan apa ntah .Dari situ kite kena reka and kreatif kan tangan . Ain dah serabut dah . Haha . tengok sebelah punya belah jiran tu . Gila pandai la dia reka garisan tu . Tengok kertas ain . tahpape je ain buat :D masa diberi tak banyak so pandai-pandai kita nak bajetkan masa .

Lepas habis sesi ni pula. Tinggal la yang terakhir . ya itu sesi temuduga . Kat sini dorang akan uji warna dekat kite and soal kita .Sampai je nama dipanggil terus ain masuk and bagi salam . Lect yang ain dapat dua-dua lelaki . Yang sorang soal ain , yang sorang lagi belek ain punya dokumen . Memang kaku lah time tu . dengan mata bengkak sebelahnya lagi . Tapi alhamdulillah ain dapat jawab soalan dorang . okay , antara soalan dorang

"Ceritakan detail pada saya mengenai diri awak"
"why you choose photogrphy ?"
"Apa yang anda tahu pasal photography"
"Siapa photographer terkenal di Malaysia ?"

ini antara soalan yang dia tanya ain . hope dapat membantu korang yang akan ditemuduga pada tahun akan datang . yang penting . jangan tinggal segala dokumen yang penting taw . nanti susah korang nanti . Okay . itu jee . Byeee :)

Maaf.. Maaf...

Bukan ini yang aku pinta, aku menjauhkan diri bukan keinginan aku , tapi ini mungkin jalan terbaik bagiku . mungkin kehadiran aku kadang-kadang tak menyenangkan hati korang , mungkin kehadiran aku buat korang sakit hati .Oleh itu , biarkan aku menjauhkan diri .


Maafkan aku atas segala-galanya , syukran jazilan atas segala pertolongan korang pada diri aku , sememangnya aku tak pernah lupe jasa korang , tapi kadang-kadang diriku ini terleka .Bukan aku ingin putus kan silaaturrahim , tapi mungkin ini je yang terbaik .


Mungkin berat bagi korang untuk memaafkan aku , aku tak pernah terasa apa yang korang dah lakukan , ku anggap ni satu ujian , ku anggap aku manusia terpilih oleh Tuhan . Ku harap aku dapat hadapi ujian ni dengan hati terbuka .


Allah , Allah , Allah ... semoga Engkau lindungi mereka ya Allah, Semoga mereka sentiasa dibawah redhaMU . Sesungguhnya hamba mu ini hina untuk meminta segala-gala . Tapi doa saja penguat diriku . Allahu aamiin :'(

Selamat Tinggal sahabat :')

"Hatiku terpanggil "

Buka newtab , buka lagi satu newtab . Itulah kerja aku . Satu untuk facebook , satu lagi untuk twitter , akhir-akhir ni memang aku selalu on twitter sebab kawan aku kata twitter ni best , so aku try . Asyik selalu tweet kat twitter , tiba-tiba satu hari hati ku terpanggil untuk jenguk ke GroupHM .Disitu ramai aku tengok nak join group ni . Lagi sekali hatiku terdetik untuk join group ni . Rupanya ni ni group usrah yang ditubuhkan untuk muslimat yang mempunyai permasalahan dalam agama *muslimin pun ada juga . Bila dah lama join , masyaAllah banyak ilmu yang aku dapat  banyak benda yang aku taktahu .Terasa diri ni jahil sangat :( . Sesungguhnya banyak kekurangan dalam diri aku .

Dalam group ni aku dapat merasa kemanisan sebuah ukhuwah yang sangat erat antara kami . Susah aku nak gambarkan , tetapi rasa tanak berpisah dengan mereka . Memang kekadang aku hanya sekadar menjadi silent reader , tapi banyak ilmu yang dikongsi daripada akak-akak,adik-adik dan kawan-kawan sebaya aku yang dapat aku manfaatkan . 

Satu hari aku didatangi ujian dari Allah untuk menduga iman aku , sesungguhnya aku masih baru dalam penghijrahan , masih bertatih dalam ilmu agama .Kadang-kadang aku akan terjatuh juga . Aku memerlukan seseorang yang dapat memberi kata-kata semangat kepada ku :'( . Aku sangat lemah bila didatangi ujian , airmata ku lebih pantas mengalir dari perasan aku . Ujian Allah memang begitu ku terasa berat untuk aku hadapi .Namun aku cuba untuk sahut demi cuba untuk menggapai syurgamu :'( .

Demi untuk mencari kekuatan diri , masalah ku ini aku cuba bawa berbincang dengan salah seorang akak usrah yang sememang selalu memberi jawapan yang tidak pernah mengecewakan aku , kata-katanya memang sangat bermakna dan bermotivasi buat diriku . Saat aku luah kat akak ini . Memang betul aku menangis sangat-sangat . Betul kata orang , hati perempuan sangat sensitif , Tapi aku kuatkan semangat untuk luahkan dekat akak ni . 

Aku meluahkan masalah apa yang berlaku terhadap sekeliling aku , memang aku terasa sangat sedih , tapi aku tahu ini merupakan ujianNYA untuk aku hadapi .Setelah berbincang , aku masih ingat kata-kata akak ni 

"Kita bukan Tuhan untuk pegang hati mereka , biar mereka menjauh asalkan Allah dekat dengan kita" 

.Terus aku tersedar , disaat mencari redha Allah , akan ada ujian Allah buat hamba-hamba mereka yang terpilih ,

"Ujian diberi kepada kita tanda sayang ". 

Allah ! rasa teringin nak menjerit . Allah lebih mengetahui segalanya . Aku harus bersyukur Allah datangkan ujian pada diriku . Namun aku terus cuba tersenyum dihadapan mereka ingin menunjukkan bahawa aku kuat untuk menghadapi dugaan ini , aku tidak mahu mereka tau perit dalam hatiku dalam beberapa hari ni !walaupun dalam hati terasa pedih sangat :'( . Demi Allah apa yang berlaku ,tidak terdetik aku untuk membenci mereka . Sememangnya siapa aku untuk membenci mereka ??Hidup ku didunia ni sementara , aku taktahu apa yang akan berlaku esok dan kemudian hari , aku hanya mencuba untuk mencari redha ilahi walaupun kadang-kadang aku terjatuh akibat bisikan syaitan terlalu kuat . Allah ! Hinanya aku , kerdilnya aku disisimu . Ya Rasulullah , aku amat merinduimu :'( . Aku takut aku tak sempat bertaubat , aku takut aku mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan . Ya Rabb , pegang la hati hambamu yang hina ini :'(.Aku terlalu banyak meminta padaMU ,tetapi aku payah untuk terus kuat dijalanMu .Ku harapkan istiqomah dalam diriku . Ku harapkan Husnul KhotimahMU .

Setelah meluah , sedikt demi sedikit hatiku mulai tenang :') . syukran jazilan akak sayang , Demi Allah saya sayangkan hubungan antara kita walaupun kita tak pernah berjumpa . Semoga Allah sentiasa melindungimu :')Berharap suatu hari nanti kita akan berjumpa :')

**

"Wahai adik.Tabahlah dikau seperti mana yanh aku percaya . Tuhan tak kan uji kalau kita tak mampu dik. Ingatlah bila mana kita berubah pelbagai ujian yang akan datang. Sama ada ujian yang datang itu menggembirakan atau memeritkan. Allah akan hantar rakan-rakan yang akan mendekatkan mu dangan Dia . Di saat kau betul-betul memerlukan bantuan.Dan Allah akan hantar mereka-mereka yang akan menjatuhkan kamu,di mana pada saat itu kau perlu buktikan pada semua yang kau mampu bangun kerana Tuhan mu !"

**
"Wahai adikku sayang.Setiap apa yang Tuhan beri.Itu adalah tanda cinta Dia untuk kita.Kuatlah sayang!Kuat demi Dia.Semua ni sebab Allah nak tengok apa kita ini bersungguh-sungguh atau tidak dalam mendekati Dia.Dia nak tengok apa kite putus asa tak bila diduga sebegitu rupa. Ingat wahai adikku sayang,selangkah kita bersusah kerana ingin mencapai redha Allah, beribu langkah Dia mendekati kita.Hiraukan kata-kata manusia kerana yang menghidupkan dan mematikan kita ,yang memberi kita pahala itulah Allah. Bukan mereka :manusia. Kawan yang baik adalah yang akan menyokong jalan kita menuju Tuhan dikk . Bukan yang mematahkan semangat kita untuk berubah. Tetapkan hatimu sayang "

Hatiku terketuk , terpukul , tersedar dari lamunan. Ujian yang Allah duga tak seberapa berbanding mereka yang diberi ujian yang lebih teruk diluar sana .Disaat ni hatiku berkata , aku tidak membenci mereka , aku tidak melupakan mereka , mungkin diri ini kekadang sering melakukan kekhilafan tanpa aku sedar . Maafkan aku atas apa yang berlaku .Aku takut andai aku tak sempat untuk berbuat begini lagi , tak berpeluang untuk meminta maaf :'(

**Terima kasih buat dua orang hamba Allah yang banyak membantu yang terlibat disebalik tabir masalah aku , syukran semua :')

Lots of Love | Nurain Shahira Sukiri |



Cinta Kita Bertaut Kerana Allah , Ya Sahabat :)




Asssalamualaikum :)
Alhamdulillah rasanya ramai batch ain yang dah dapat tawaran belajar kan ?Anda semua kemana lepas ni ? Harap anda semua berjaya dunia dan akhirat yea ? . Entry ain kali ni takde laa menarik mana . sekadar luahan isihati ain jeh :') . Okay memandang kan result untuk sambung belajar dah keluar . kira ramai kawan ain dah dapat tawaran belajar dekat macam-macam tempat. Tahniah untuk korang :)


Memandang UPU masih belum keluar . Ain dan beberapa kawan ain yang lain decided untuk masuk sekejap ke Pra Universiti or Form6 . Memang seronok bile dapat jumpa balik kengkawan lama although tak semua yang ada :) . Bila melangkah kaki ke sekolah balik , pelbagai kenangan manis bersama kengkawan ain tahun lepas mengimbau balik dalam ingatan ain :) . Rindu bile dapat kelas kami berebut meja , masa perhimpunan tunggu mereka datang , sebelum masuk kelas mesti ke tandas , rehat berkumpul dekat 1 meja yang memang kami jeh conquer , kongsi makanan , turun lab lambat , kena marah sesama dengan cikgu , berkongsi jawapan , study group . Macam-macam lagi *kang penat pula korang baca kalau ain senarai lagi . Serius bila ain dah masuk form6 , rasa janggal gila ! rasa macam len macam jeh . mana taknya , kalau dulu pergi mana memang kami satu group jeh  , tapi sekarang dua tiga orang jeh .

Jujur korang , akau cakap memang aku rasa nak nangis kot bila tulis entry pasal korang ni . Rasa giler kehilangan kawan . Masa hari pertama masuk form 6 , dapat jumpa Iffah , Syahirah ,Era, Syahida , Anis , Pieja , Putri .Tapi sekarang hanya tinggal syahirah, Era , anis , pieja , putri jeh yang teman aku dekat form6 . Iffah ambil keputusan untuk keluar dari form6 , Syahida dapat tawaran belajar ke KUIS . Kawan yang lain seperti Syathirah dapat belajar ke KPTM , Aimanul pun sama , Amelina maybe sambung Mara . Serius bila semua dah nak berpisah pakat nak sambung belajar , rasa sedih gila kot . dah tak dapat nak kumpul bersama. Bayang kan kami 1 geng pernah bergaduh besar banyak kali sampai tak bertegur , sampai menangis pun ada , Bila sesiapa buat salah , kami tolong backup , geng kami memang femes di kalangan cikgu terutama cikgu yang mengajar kat kelas kami . Saat-saat kami bergembira bersama-sama masa hari sukan or hari kantin , Saat yang paling best time dah habis paper SPM , bergambar bersama diorang  . Memang seronok sangat . tapi sekarang semua dah ikut haluan masing-masing . Semua dah semakin meningkat dewasa . Serius wei ! aku gilaaa dekat korang !


Aku harap semua kengkawan aku berjaya dunia dan akhirat . Bitaufiq wannajah yea :') . 

Aku rindu :') =
      * Siti NurSyahida Ismail
      * Syarifah Nur Amira Shakila Syed Mohd Saleh
      * Nurul Syahirah Mohd Nazri
      * Putri Nur Nazihah Megat Nasuruddin
      * Iffah Nabila Zakaria #Walaupun serumah :D
      * Noor Amelina Rosdi
      * Anis Nazirah
      * Nur Shakirah Ismail
      * Nurul Fildza Fatihah Zainal
      * Fazeera Mohd Tahir

Bismillahirrahmanirrahim . Lets slide show :)





















Cinta Kita bertaut kerana ALLAH :)


       Dua tiga kapal belayar di samudera
 Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerna

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia



Lots Of Love | Nurain Shahira Sukiri :) |

BATCH 1995 SPM THE END :)

Assalamualaikum . hai semua . macam mana result SPM ? okay tak ? . Alhamdulillah bagi yang okay , yang tak okay . jangan putus asa . masa depan kita bukan terletak pada result okay . Rezeki Allah in shaa ALLAH ada dimana-mana kay :) . 

Ain masih teringat masa first time nak jawab SPM dulu . otak buntu gilaa , memang menangis gilaa malam to sebab tekanan nak SPM punya pasal . Jerawat pun mula la menempek sekali . HAHA . Tapi sebelum exam SPM , kawan-kawan AIN macam Iffah , Syahirah , Era , Cida , Scha , Syepah , elin .Setiap malam kami buat study group kat rumah masing-masing . Memang seronok gilaa bila dapat bergaduh pasal jawapan masing-masing . HIHI . Bila datang sekolah semua bincang balik soalan yang kat study group to . Dan alhamdulillah dengan adanya study group dengan kawan-kawan , kami berjaya dengan keputusan masing-masing even bukannya straight A :) memang rasa seronok sangat semua kawan-kawan ain lulus dan cemerlang . Tahniah buat korang ! . Dan bila nak ambil result tadi dapat berkumpul dengan dorang . memang  seronok sangat. Macam-macam gelagat kami :)

Lets see slide show sikit :)
ceriakan muka kami :)

Bila cuak nak ambil result mula terasa

Ni kawan saya Syahirah . result kami lebih kurang but dia tinggi sikit :D hihi

Diantara kawan Ain . si gadis molek yang bertudung purple keladi belakang tudung merah to dapat result terbaik dalam group kami . 6A siottt ~ tahniah buat anda :)

si Dia ? memang selalu ceria . hihi

Gadis ni ? ni siti . kami kawan start ain pindah , walaupun dah lain kelas tapi kami tetap rapat . dia ni ? Dapat 4A . pandai kan ?:) tahniah buat anda :)



Syukur sesangat kepada ALLAH , kami berjaya bersama-sama .Harap kami masih lagi berkawan till Jannah . Terima kasih buat korang sebab dah banyak bagi kenangan pahit manis sepanjang Ain sekolah kT smk khir johari ,serius korang kawan terbaik yang pernah Ain anda . SAYANG korang sesangat :')

LOTS OF LOVE : NURAIN SHAHIRA SUKIRI

Tentang semua


Assalamualaikum . Hi stalkers ! rindu kita tak ?? confrim ahh tak kan ? hehee . Today , Ain rasa haapy gilee sebab dapat pergi sekolah dan jumpa cikgu-cikgu . Macam-macam comment cikgu Ain . Ada yang kata Ain dah besar , ada yang nak badan macam Ain , ada yang kata bagus Ain bina badan kat rumaa ~ hehehe . Seriosly rindu sangat , ustazah macam biasa datang jumpa and minta kami buat kerja . since tahun lepas kami selalu tolong ustazah buat pape kerja . But now , sorry laa ustazah . hikhikhik . Macam-macam perubahan berlaku kat sekolah . Seriouly jeles !! . sejak bina badan ni Ain diminta jadi pembantu jurulatih silat perempuan   . sebab ramai sekolah memerlukannya . ceewaah ~ hahaha . yang paling bengang tahun nih pulaa ada pertandingan silat ! perghh ! RETAK SERIBU ! Hahaa . bestt nya memang dengki kat kaurang ! siapa punca segala nih ? takpe janji nak buli korang secukupnya *kunyah batu . HAHAA , takda laa Ain ni budak baik . so dont worry kayy . Kepada TIARA STUDENTS , Miss korang sesangat :( . When la kitee dapat jumpa ? semua busyy .padahal rumaa dekat jeh . nanti free jum la jumpa . rindu nak mengumpat dengan kaurang 
semua . 
                           
                           
                                                                      KAMI BEBAS !


                                                                    TIARA STUDENTS

sweet kan ?? lepas habis paper terus photoshoot . hahaha . miss this moment . okayy . nanti kitee semua jumpa yeaa :')

Lots Of Love : Nurain Shahira Sukiri