"Hatiku terpanggil "

Buka newtab , buka lagi satu newtab . Itulah kerja aku . Satu untuk facebook , satu lagi untuk twitter , akhir-akhir ni memang aku selalu on twitter sebab kawan aku kata twitter ni best , so aku try . Asyik selalu tweet kat twitter , tiba-tiba satu hari hati ku terpanggil untuk jenguk ke GroupHM .Disitu ramai aku tengok nak join group ni . Lagi sekali hatiku terdetik untuk join group ni . Rupanya ni ni group usrah yang ditubuhkan untuk muslimat yang mempunyai permasalahan dalam agama *muslimin pun ada juga . Bila dah lama join , masyaAllah banyak ilmu yang aku dapat  banyak benda yang aku taktahu .Terasa diri ni jahil sangat :( . Sesungguhnya banyak kekurangan dalam diri aku .

Dalam group ni aku dapat merasa kemanisan sebuah ukhuwah yang sangat erat antara kami . Susah aku nak gambarkan , tetapi rasa tanak berpisah dengan mereka . Memang kekadang aku hanya sekadar menjadi silent reader , tapi banyak ilmu yang dikongsi daripada akak-akak,adik-adik dan kawan-kawan sebaya aku yang dapat aku manfaatkan . 

Satu hari aku didatangi ujian dari Allah untuk menduga iman aku , sesungguhnya aku masih baru dalam penghijrahan , masih bertatih dalam ilmu agama .Kadang-kadang aku akan terjatuh juga . Aku memerlukan seseorang yang dapat memberi kata-kata semangat kepada ku :'( . Aku sangat lemah bila didatangi ujian , airmata ku lebih pantas mengalir dari perasan aku . Ujian Allah memang begitu ku terasa berat untuk aku hadapi .Namun aku cuba untuk sahut demi cuba untuk menggapai syurgamu :'( .

Demi untuk mencari kekuatan diri , masalah ku ini aku cuba bawa berbincang dengan salah seorang akak usrah yang sememang selalu memberi jawapan yang tidak pernah mengecewakan aku , kata-katanya memang sangat bermakna dan bermotivasi buat diriku . Saat aku luah kat akak ini . Memang betul aku menangis sangat-sangat . Betul kata orang , hati perempuan sangat sensitif , Tapi aku kuatkan semangat untuk luahkan dekat akak ni . 

Aku meluahkan masalah apa yang berlaku terhadap sekeliling aku , memang aku terasa sangat sedih , tapi aku tahu ini merupakan ujianNYA untuk aku hadapi .Setelah berbincang , aku masih ingat kata-kata akak ni 

"Kita bukan Tuhan untuk pegang hati mereka , biar mereka menjauh asalkan Allah dekat dengan kita" 

.Terus aku tersedar , disaat mencari redha Allah , akan ada ujian Allah buat hamba-hamba mereka yang terpilih ,

"Ujian diberi kepada kita tanda sayang ". 

Allah ! rasa teringin nak menjerit . Allah lebih mengetahui segalanya . Aku harus bersyukur Allah datangkan ujian pada diriku . Namun aku terus cuba tersenyum dihadapan mereka ingin menunjukkan bahawa aku kuat untuk menghadapi dugaan ini , aku tidak mahu mereka tau perit dalam hatiku dalam beberapa hari ni !walaupun dalam hati terasa pedih sangat :'( . Demi Allah apa yang berlaku ,tidak terdetik aku untuk membenci mereka . Sememangnya siapa aku untuk membenci mereka ??Hidup ku didunia ni sementara , aku taktahu apa yang akan berlaku esok dan kemudian hari , aku hanya mencuba untuk mencari redha ilahi walaupun kadang-kadang aku terjatuh akibat bisikan syaitan terlalu kuat . Allah ! Hinanya aku , kerdilnya aku disisimu . Ya Rasulullah , aku amat merinduimu :'( . Aku takut aku tak sempat bertaubat , aku takut aku mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan . Ya Rabb , pegang la hati hambamu yang hina ini :'(.Aku terlalu banyak meminta padaMU ,tetapi aku payah untuk terus kuat dijalanMu .Ku harapkan istiqomah dalam diriku . Ku harapkan Husnul KhotimahMU .

Setelah meluah , sedikt demi sedikit hatiku mulai tenang :') . syukran jazilan akak sayang , Demi Allah saya sayangkan hubungan antara kita walaupun kita tak pernah berjumpa . Semoga Allah sentiasa melindungimu :')Berharap suatu hari nanti kita akan berjumpa :')

**

"Wahai adik.Tabahlah dikau seperti mana yanh aku percaya . Tuhan tak kan uji kalau kita tak mampu dik. Ingatlah bila mana kita berubah pelbagai ujian yang akan datang. Sama ada ujian yang datang itu menggembirakan atau memeritkan. Allah akan hantar rakan-rakan yang akan mendekatkan mu dangan Dia . Di saat kau betul-betul memerlukan bantuan.Dan Allah akan hantar mereka-mereka yang akan menjatuhkan kamu,di mana pada saat itu kau perlu buktikan pada semua yang kau mampu bangun kerana Tuhan mu !"

**
"Wahai adikku sayang.Setiap apa yang Tuhan beri.Itu adalah tanda cinta Dia untuk kita.Kuatlah sayang!Kuat demi Dia.Semua ni sebab Allah nak tengok apa kita ini bersungguh-sungguh atau tidak dalam mendekati Dia.Dia nak tengok apa kite putus asa tak bila diduga sebegitu rupa. Ingat wahai adikku sayang,selangkah kita bersusah kerana ingin mencapai redha Allah, beribu langkah Dia mendekati kita.Hiraukan kata-kata manusia kerana yang menghidupkan dan mematikan kita ,yang memberi kita pahala itulah Allah. Bukan mereka :manusia. Kawan yang baik adalah yang akan menyokong jalan kita menuju Tuhan dikk . Bukan yang mematahkan semangat kita untuk berubah. Tetapkan hatimu sayang "

Hatiku terketuk , terpukul , tersedar dari lamunan. Ujian yang Allah duga tak seberapa berbanding mereka yang diberi ujian yang lebih teruk diluar sana .Disaat ni hatiku berkata , aku tidak membenci mereka , aku tidak melupakan mereka , mungkin diri ini kekadang sering melakukan kekhilafan tanpa aku sedar . Maafkan aku atas apa yang berlaku .Aku takut andai aku tak sempat untuk berbuat begini lagi , tak berpeluang untuk meminta maaf :'(

**Terima kasih buat dua orang hamba Allah yang banyak membantu yang terlibat disebalik tabir masalah aku , syukran semua :')

Lots of Love | Nurain Shahira Sukiri |



Tiada ulasan: