Cinta Kita Bertaut Kerana Allah , Ya Sahabat :)




Asssalamualaikum :)
Alhamdulillah rasanya ramai batch ain yang dah dapat tawaran belajar kan ?Anda semua kemana lepas ni ? Harap anda semua berjaya dunia dan akhirat yea ? . Entry ain kali ni takde laa menarik mana . sekadar luahan isihati ain jeh :') . Okay memandang kan result untuk sambung belajar dah keluar . kira ramai kawan ain dah dapat tawaran belajar dekat macam-macam tempat. Tahniah untuk korang :)


Memandang UPU masih belum keluar . Ain dan beberapa kawan ain yang lain decided untuk masuk sekejap ke Pra Universiti or Form6 . Memang seronok bile dapat jumpa balik kengkawan lama although tak semua yang ada :) . Bila melangkah kaki ke sekolah balik , pelbagai kenangan manis bersama kengkawan ain tahun lepas mengimbau balik dalam ingatan ain :) . Rindu bile dapat kelas kami berebut meja , masa perhimpunan tunggu mereka datang , sebelum masuk kelas mesti ke tandas , rehat berkumpul dekat 1 meja yang memang kami jeh conquer , kongsi makanan , turun lab lambat , kena marah sesama dengan cikgu , berkongsi jawapan , study group . Macam-macam lagi *kang penat pula korang baca kalau ain senarai lagi . Serius bila ain dah masuk form6 , rasa janggal gila ! rasa macam len macam jeh . mana taknya , kalau dulu pergi mana memang kami satu group jeh  , tapi sekarang dua tiga orang jeh .

Jujur korang , akau cakap memang aku rasa nak nangis kot bila tulis entry pasal korang ni . Rasa giler kehilangan kawan . Masa hari pertama masuk form 6 , dapat jumpa Iffah , Syahirah ,Era, Syahida , Anis , Pieja , Putri .Tapi sekarang hanya tinggal syahirah, Era , anis , pieja , putri jeh yang teman aku dekat form6 . Iffah ambil keputusan untuk keluar dari form6 , Syahida dapat tawaran belajar ke KUIS . Kawan yang lain seperti Syathirah dapat belajar ke KPTM , Aimanul pun sama , Amelina maybe sambung Mara . Serius bila semua dah nak berpisah pakat nak sambung belajar , rasa sedih gila kot . dah tak dapat nak kumpul bersama. Bayang kan kami 1 geng pernah bergaduh besar banyak kali sampai tak bertegur , sampai menangis pun ada , Bila sesiapa buat salah , kami tolong backup , geng kami memang femes di kalangan cikgu terutama cikgu yang mengajar kat kelas kami . Saat-saat kami bergembira bersama-sama masa hari sukan or hari kantin , Saat yang paling best time dah habis paper SPM , bergambar bersama diorang  . Memang seronok sangat . tapi sekarang semua dah ikut haluan masing-masing . Semua dah semakin meningkat dewasa . Serius wei ! aku gilaaa dekat korang !


Aku harap semua kengkawan aku berjaya dunia dan akhirat . Bitaufiq wannajah yea :') . 

Aku rindu :') =
      * Siti NurSyahida Ismail
      * Syarifah Nur Amira Shakila Syed Mohd Saleh
      * Nurul Syahirah Mohd Nazri
      * Putri Nur Nazihah Megat Nasuruddin
      * Iffah Nabila Zakaria #Walaupun serumah :D
      * Noor Amelina Rosdi
      * Anis Nazirah
      * Nur Shakirah Ismail
      * Nurul Fildza Fatihah Zainal
      * Fazeera Mohd Tahir

Bismillahirrahmanirrahim . Lets slide show :)





















Cinta Kita bertaut kerana ALLAH :)


       Dua tiga kapal belayar di samudera
 Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerna

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia



Lots Of Love | Nurain Shahira Sukiri :) |

Tiada ulasan: