Allah :')

Tengah dok sesaja usha-usha status orang di facebook. Tetibe
*bip-bip* , menandakan ada orang hantar inbox kat ain . Ain dengan pantas pun membuka . chatting itu itu dimulakan dengan 

"assalamualaikum akak , saya tak pasti akak kenal saya atau tidak ? Tujuan saya sebenarnya nak tanya something kat akak. Hope, akak dapat jawab dengan hati terbuka. Takde apa-apa pun sebenarnya. Boleh tak kak Ain ?

Ain terfikir juga kat mana pernah terserempak dengan dia ? apa yang berlaku ? kenapa soalan dia agak serius , pelbagai soalan bermain kat minda ni .Tapi aku cuba menghadapi dengan tenang apa yang bakal ditanya dia .

"Akak , saya masih belajar menutup aurat , tapi tidak sempurna lagi , tangan dan kaki saya masih tidak ditutup sepenuhnya, tapi alhamdulillah selepas saya balik dari program anjuran sekolah .Disitu saya kenal seorang pelajar perempuan . Perwatakan bertudung labuh , sopan , bila bercakap lemah lembut je .Lepas balik dari program tu , saya terdetik untuk berubah , untuk lebih menutup aurat dengan sempurna

Aku terkesima , dalam hati aku . syukur ke hadrat ilahi , ada orang ingin kembali ke jalanMu dengan cara begini:). Sesungguhnya Allah datangkan hidayah dalam pelbagai cara . :) . Aku cuba terus mendengar apa yang cuba untuk disampaikan oleh gadis ini .

"Saya jumpa facebook akak , saya tertarik dengan cara pemakaian akak. Saya rasa sejuk je mata bila melihat orang perempuan menutup aurat dengan sempurna tak kira dimana sahaja .Saya hanya nak tahu cara akak berpakaian apabila keluar rumah . Adakah akak memakai stokin apabila keluar rumah ? "


Ya Allah , sayu rasa hati aku mendengar rintihan gadis ni . Dalam usia yang remaja , dia sudah mempunyai keinginan untuk berhijrah . Alhamdulillah sayang , Anda orang yang dipilih oleh Allah . aku cuba membalas pertanyaan itu dengan tenang , rasa sejuk hati aku , ada insan yang terbuka hati ingin berkongsi masalah dengan aku .Ada insan yang ada kemushkilan dalam kembali kepada fitrah dengan berani cuba berkongsi ceritanya . Akak bangga dengan mu sayang :)

Start dari perbincangan aku dengan si gadis ini ,aku mulai sedar . ramai yang tahu bab menutup aurat tapi tidak ramai yang mengamalkan , sama juga dengan agama kita . Ramai yang mengaku islam , tapi tidak ramai yang melakukan perintah-NYA. 
Allahu Allah :') Aku berharap semoga Allah kurnia kan hidayah kepada muslimin dan muslimat diluar sana untuk kembali pada-Nya . Moga Allah pegang hati-hati mereka yang ingin raih keredhaanNYA . Ya Allah , terimalah segala penghijrahan kami ini . Moga Allah redha . Allahuma aamiin :'(



Cerita ini terpaksa diubah sedikit dari yang asal,demi menjaga keperibadian masing-masing.Keep istiqomah sayang . Moga Allah pegang hati kita :)

Tiada ulasan: